Perak Hari Ini

TNB Rai Petugas Media

IPOH:Seramai 30 pengamal media daripada pelbagai latar belakang agensi hadir memeriahkan majlis berbuka puasa bersama pengamal media Perak anjuran Pihak pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak hari ini

Seperti saban tahun, pihak TNB Perak pastinya tidak ketinggalan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pengamal media yang bertujuan untuk mengeratkansilaturrahim sesama pihak TNB dan juga media.

Menurut Pengurus Besar Perak (Bahagian Pembahagian), Datuk Mohd Zahir Md Nagor majlis tersebut dianjurkan khusus untuk mengeratkan ukhuwah antara kedua belah pihak.

“Sempena Ramadhan ini pihak TNB giat menganjurkan progam dan aktiviti bagi membantu golongan memerlukan antaranya seperti sumbangan satu pekerja satu barang.

“Ianya membantu mengumpul barangan keperluan asas untuk diagihkan kepada golongan asnaf yang terpilih,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis tersebut bertempat di Hotel Heritage di sini hari ini.

Jelasnya lagi, seramai 56 orang fakir miskin juga telah menerima sumbangan barangan keperluan yang disumbangkan oleh TNB menerusi program Majlis Ihya Ramadhan 2016 peringkat Negeri Perak.

Beliau turut berhasrat Ramadhan kali ini memberi lebih banyak perubahan positif dalam hidup semua dan membantu membentuk setiap insan menjadi lebih berguna.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");