Sukan Hari Ini

Tunggu lampu hijau

Putrajaya: Impian untuk menyaksikan temasya Sukan SEA serta Para ASEAN berlangsung serentak buat kali pertama di Kuala Lumpur tahun depan hampir menjadi kenyataan selepas Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) menyokong dan bersetuju dengan cadangan itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu dimaklumkan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) SM Nasaruddin SM Nasimuddin kepadanya selepas menghadiri mesyuarat APSF, Jumaat lalu.

“Majoriti negara terbabit dengan Para ASEAN bersetuju digabungkan dengan mengadakan serentak Para ASEAN dan Sukan SEA.

“Ini bermakna, di pihak Para ASEAN, kami sudah mendapat persetujuan. Cuma sekarang ini perlu tunggu keputusan daripada SGF (Persekutuan Sukan SEA) yang akan bermesyuarat bulan depan.

“Jika SGF bersetuju, maka kita sebagai tuan rumah akan mencadangkan dan pada Julai, boleh memuktamadkan senarai jadual serta venue pertandingan,” katanya pada sidang media semalam selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian penajaan bersama 100PLUS bernilai RM3 juta.

Sebelum ini, cadangan untuk menggabungkan dua temasya itu dibangkitkan MPM yang kemudiannya diambil kira Kementerian Belia dan Sukan.

Kebiasaannya, Sukan SEA akan berlangsung terlebih dulu sebelum disusuli Para ASEAN.

Sementara itu, Khairy berkata, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) boleh membuat pengumuman berkenaan senarai sukan dan acara temasya sukan berkenaan minggu ini.

Edisi Sukan SEA ke-29 dijadual bakal berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos tahun depan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");