Perak Hari Ini

120 Pemaju, Perunding Sertai Bengkel OSC

IPOH: Seramai 120 yang terdiri daripada pemaju dan perunding menyertai seminar bengkel sistem Pusat Setempat Dalam Talian (OSC Online) anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man bengkel tersebut adalah usaha mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam selain membantu mengurangkan tempoh masa urusan melibatkan permohonan cadangan pemajuan.

Turut berlangsung wacana Eksekutif Model Baru OSC 3.0,Kefahaman Dan Kaedah Pelaksanaan bertempat di Hotel Syuen di Ipoh hari ini.

Beliau terdahulu dalam ucapan perasmian menjelaskan MBI kini mencatatkan penerimaan permohonan cadangan pemajuan kedua tertinggi di negara ini selama empat tahun berturut-turut menerusi sistem OSC.

PERAK TODAY 1

“Tujuannya antara lain mengurangkan birokrasi ‘red tape’ yang perlu disesuaikan mengikut keadaan selain mempermudahkan urusan apabila melibatkan kseluruhan rakyat dan pemajuan,” katanya.

Jelasnya lagi, penambahbaikan sistem OCS adalah menekankan kepada dua perkara iaitu usaha pengurangan karenah budi bicara dan meningkatkan integriti dalam perkhidmatan awam.

Tambahnya lagi, pihak MBI sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan proses penyampaian mengikut perubahan terkini supaya ianya memberi kemudahan kepada semua.

OSC ditubuhkan bagi memendekkan norma masa memproses permohonan dengan penyelarasan pelbagai permohonan termasuk kebenaran merancang, kerja tanah, jalan dan parit serta pelan bangunan melibatkan agensi swasta dan kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");