Perak Hari Ini

50,000 Hadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia 2016

BAGAN DATOH: Seramai 50,000 tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) 2016 yang diadakan di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang di sini, pada Ahad.

Majlis yang dianjurkan oleh Kementerian  Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) bersama Kerajaan Negeri Perak tersebut lebih berkonsepkan pemimpin bersama rakyat.

Ia telah dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Hadir sama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; menteri-menteri kabinet, barisan Exco Kerajaan Negeri dan pemimpin tempatan.

Perdana Menteri bersama isteri dan para tetamu khas kemudiannya telah menyalakan panjut sebagai gimik perasmian majlis.

Majlis turut diserikan dengan persembahan khas drama musikal Aidilfitri oleh artis terkenal, demonstrasi serta pameran daripada beberapa agensi Kerajaan antaranya Suruhanjaya Pilihan Raya, JPJ dan banyak lagi.

Turut diadakan Pertandingan Miss Kebaya dan Mr Baju Melayu, Pertandingan Panjut serta Pertandingan Idola Raya 2016.

Pelbagai juadah seperti kuih muih serta makanan tradisional turut disajikan kepada tetamu yang hadir pada majlis yang bermula pada pukul 6 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");