Perak Hari Ini

6,000 Sertai Car Free Day ke-9

IPOH: Seramai 6,000 pengunjung telah menghadiri Program ‘Car Free Day’ yang dianjurkan buat kali ke-9 di sini, hari ini.

Meskipun masih berada dalam suasana Syawal, program berkonsepkan muhibbah tersebut mampu menarik ramai pengunjung untuk menyertainya.

IMG-20160724-WA0004

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, beliau yakin program seperti itu mampu membantu merealisasikan Ipoh sebagai Bandaraya Rendah Karbon disamping turut mempromosikan Bandaraya Ipoh.

“Car Free Day kini telah menjadi tumpuan warga kota Ipoh dengan peningkatan kehadiran pengunjung yang kini mencecah 6,000 orang,” katanya.

IMG-20160724-WA0001

Terdahulu, antara yang aktiviti yang mencuri tumpuan pengunjung adalah senamrobik dan persembahan tarian naga dengan aluan gendang lagu Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu terdapat juga aktiviti berbasikal, roller skate, MBI Soccerkids dan kempen kesedaran kebersihan dan alam sekitar oleh Ipoh City Watch.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");