Isu Panas

AMK bidas tindakan Pemuda Umno

SEBERANG JAYA – Angkatan Muda Keadilan mengutuk tindakan pergerakan Pemuda Umno yang melakukan laporan polis terhadap tiga pegawai tertinggi kerajaan, iaitu mantan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dengan tuduhan komplot konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afifi Bahardin berkata, pihaknya yakin apa yang dilakukan oleh ketiga-tiga pegawai tertinggi kerajaan ini adalah atas rasa tanggungjawab mereka kepada negara dan rakyat Malaysia serta melaksanakan amanah mereka dengan sewajarnya.

“Tuduhan Pemuda Umno bahawa mereka ini terlibat dalam konspirasi dengan membocorkan maklumat negara dan mereka-reka bukti berkaitan penyelewengan 1MDB adalah satu tuduhan liar yang tidak berasas.

“Laporan polis ini juga adalah satu penghinaan dan serangan terbuka kepada integriti institusi-institusi terpenting negara iaitu perkhidmatan awam, perbankan dan kehakiman,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Pemuda Umno melalui Naib Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap Abu Kassim dan dua inividu lain iaitu bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz serta bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Khairul Azwan dalam laporan polisnya mendakwa ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");