Perak Hari Ini

Arang Buluh Miliki Potensi Tersendiri

KUALA KANGSAR:Industri arang buluh dilihat berpotensi untuk berkembang pada peringkat dalam dan luar negara serta mempunyai pasarannya tersendiri.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar memberi galakan supaya ahli PPK di setiap kawasan merebut peluang untuk menceburi perniagaan tersebut.

“Ahli PPK perlu mengambil peluang ini dengan bantuan mesin memproses buluh untuk dijadikan arang yang akan turut dibantu oleh PPN Perak menerusi peruntukan khas,” katanya dalam satu sidang media dalam Majlis Penyampaian Zakat Nafas dan demo proses buluh di Taman Rekreasi, Jabatan Pengairan dan Saliran di sini hari ini.

PERAK TODAY 3

Tambahnya lagi, ia satu peluang yang baik yang ditawarkan kepada PPK di Perak kepada peladang kawasan membuka pintu awal kepada peluang pekerjaan dan menimba ilmu dari sudut industri kecil dan Sederhana (IKS).

“Buluh bukan sebarangan ia terbukti menerusi sejarah dan mempunyai pelbagai guna malah berpotensi untuk berkembang serta memiliki pasarannya,” katanya lagi.

PERAK TODAY 4

Tambahnya lagi, ia merupakan projek jangka panjang malah usahawan dinasihati supaya berkerja keras untuk merealisasikannya.

“Kawasan PPK yang memiliki buluh yang banyak digalakkan terlibat dalam industri memproses buluh untuk penghasilan arang.

“Buluh berkualiti mempunyai harga yang berbeza, anak muda boleh ditarik untuk terlibat masa menjadi peneroka pertama dalam industri buluh,” katanya lagi.

Jelasnya, PPK Perak juga mempunyai peruntukan tersendiri bagi memulakan industri ini pada peringkat permulaan selain menerusi kontrak bersama syarikat mesin terpilih.

“Perusahaan buluh arang mempunyai pasarannya tersendiri dalam Malaysia dan luar negara termasuk China dan Jepun,” katanya.

Jelasnya lagi, Kuala kangsar dipilih sebagai lokasi perusahaan ini berikutan mempunyai lokasi yang strategik serta memiliki sumber buluh yang pelbagai.

“Industri ini membantu menambah pendapatan dan memberi peluang pekerjaan kepada kakitangan PPK menjana ekonomi baharu selain menggalakkan penggunaan buluh kembali untuk pelbagai kegunaan.

“Orang muda digalakkan berurusan dengan PKK sekiranya berminat menceburi industri penghasilan arang daripada buluh,” katanya lagi.

PERAK TODAY 5

Ujarnya, menerusi mesin pembakaran buluh tersebut ia mampu membakar sehingga 400 kilogram arang untuk sehari sekali dengan harga berkualiti sekitar RM2.50 untuk sekilogram.

“PPN Perak mencari tenaga remaja untuk terlibat dalam industri ini dan menerusi kaedah ini juga pembuangan buluh tidak akan berlaku,” katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut turut dijalankan demo pembakaran buluh terpakai yang diproses untuk dijadikan arang oleh wakil syarikat mesin berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");