Perak Hari Ini

Ayam Poland, Pelik Tapi Jadi Tarikan

Ayam Poland mungkin kurang dikenali, namun kecantikan jambul atau mahkota di kepala ayam itu menjadikan ianya unik dan satu tarikan kepada penggemar ayam hiasan.

Turut dikenali dengan nama ayam Jambul, ayam Mahkota, ayam Polish atau ayam Rock, ia dibiak untuk tujuan pameran atau ayam hias.

Meskipun pelik, namun itu tidak menghalang seorang penternak yang berasal dari Kampung Parit Dua, Jalan Gula Selingsing dekat Simpang Empat Semanggol untuk memelihara haiwan tersebut.

PERAK TODAY 6

Rosmah Mohd Yusof, 44, yang telah sembilan tahun menjadi penternak ayam kampung itu mula memelihara ayam Poland sekitar dua tahun lalu.

Bermula daripada minat melihat ayam berkenaan yang dipelihara oleh seorang rakannya, beliau telah membeli sepasang baka anak ayam poland untuk dipelihara.

“Saya ternampak dirumah kawan… Mula-mula dia memang tidak mahu jual, lepas dipujuk, anak ayam itu jual dengan harga RM200 sepasang dan disebabkan minat, saya beli dan bela,” katanya lagi.

PERAK TODAY 4

Rosmah yang turut menternak 12 jenis ayam berlainan berkata, penjagaan bagi ayam Poland tidak sukar berikutan ia sama dengan ayam-ayam yang lain.

Tambahnya, sehingga kini beliau mempunyai 10 ekor ayam jenis itu.

Jelasnya, selain jambul yang cantik, ayam Poland amat sensitif dengan keadaan sekitar dan tidak bercampur dengan ayam yang lain berikutan badannya yang tidak tahan lasak.

PERAK TODAY 8

Mengulas mengenai pasaran ayam Poland, Rosmah berkata, ia kini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai yang rata-rata mahu memelihara ayam itu kerana keunikannya.

“Insyaallah, saya mahu menternak lebih banyak lagi ayam jenis ini memandangkan pasarannya yang baik,” katanya lagi.

PERAK TODAY 5 PERAK TODAY 3

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");