Perak Hari Ini

Bas Ekspres Rempuh Pembahagi Jalan, Seorang Maut

GUNUNG SEMANGGOL : Seorang wanita maut setelah tercampak keluar daripada bas ekspres yang dinaikinya dalam kemalangan yang berlaku di KM194.9 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, petang tadi.

Menurut jurucakap bomba, pihak bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai telah menerima panggilan daripada orang awam pada jam 5.15 petang.

“Setibanya anggota di tempat kejadian, didapati berlaku satu kemalangan yang melibatkan bas ekspres dalam perjalanan menuju ke utara telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan berpagar di bahagian tengah lebuh raya.

IMG-20160701-WA0024

“Kejadian itu menyebabkan seorang wanita telah tercampak keluar dan tersepit antara bas dan pembahagi jalan tersebut,”ujarnya.

Ujarnya lagi, bas ekspres tersebut membawa seramai 37 penumpang.

Mengulas lanjut, mangsa yang tercampak keluar dan tersepit itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak hospital.

Katanya lagi, kesemua 36 penumpaang yang lain terselamat manakala pemandu bas pula cedera parah.

IMG-20160701-WA0021

“Anggota telah bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan ‘rescue tools’ dan stretcher.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya algi.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Mohd Hisham Othman tamat kira-kira satu jam kemudian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");