Sukan Hari Ini

Beijing kempunan

Beijing: Aksi persahabatan pramusim Manchester United menentang Manchester City dibatalkan beberapa jam sebelum sepak mula semalam berikutan hujan lebat menyebabkan padang di Beijing tidak selamat.

Penganjur kejohanan Piala Cabaran Antarabangsa yang turut mempertaruhkan Borussia Dortmund mengesahkan perlawanan itu terpaksa dibatalkan berikutan kebimbangan terhadap keselamatan pemain.

“Perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa China di antara Manchester United dan Manchester City dibatalkan berikutan cuaca teruk di Beijing sejak beberapa hari lalu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan penganjur.

“Jawatankuasa dan kedua-dua pasukan membuat keputusan bersama demi keselamatan pemain.”

Kedua-dua pengurus Jose Mourinho dari United dan Pep Guardiola dari City, memberitahu wartawan semalam, mereka bimbangkan keadaan padang yang menjadi venue Sukan Olimpik 2008 berikutan banjir di ibu negara China itu.

“Berikutan keadaan cuaca semasa, penganjur kejohanan dan kelab yang menyertai kejohanan memutuskan untuk membatalkan perlawanan Piala Juara-Juara malam ini,” menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan City dan United.

Mourinho membayangkan kemungkinan perlawanan itu dibatalkan 24 jam sebelum itu apabila latihan dipindah ke pusat latihan lain selepas gagal menyelamatkan padang Stadium Sarang Burung, yang dilaporkan terjejas.

“Padang dan keadaan pemain saya jauh lebih penting daripada keputusan perlawanan pramusim. Tewas perlawanan pramusim bukan satu masalah,” kata Mourinho kelmarin.

“Kejohanan ini semakin berakhir dan kami boleh pulang untuk berlatih dalam keadaan pemain selamat.”

Guardiola hanya memberi jawapan ringkas mengenai apa yang diingini beliau menerusi perlawanan itu.

“Tiada kecederaan,” balasnya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");