Sukan Hari Ini

Berkat kesabaran peroleh emas

Kuching: Penantian bukan satu penyeksaan buat penembak Terengganu Safirredzuan Salim (gambar) apabila hanya menganggap faktor itu sebagai cabaran untuk menguji semangat juang dirinya.

Berkat kesabaran, dia akhirnya berjaya meraih pingat emas pada hari penutup acara menembak semalam.

Safirredzuan sebelum ini hanya meraih perak dan gangsa dalam acara 25m standard pistol serta 25m rapid fire pistol, namun semalam hari terbaik buatnya kerana membawa pulang emas berganda acara 25m sports pistol individu dan berpasukan.

Lebih menarik, catatan 569 mata dilakukannya catatan peribadi terbaiknya sekali gus menumpaskan Low Wei Chern dari Pahang (568) dan penembak Perak, Akmal Arif Abdul Lathif (566) dalam acara individu.

Dalam acara berpasukan, dia bersama dua lagi penembak Terengganu Raja Ahmad Firdaus Raja Mohd dan Nik Muhammad Luqman Nik Omar mengumpul 1,686 mata untuk mengetepikan Pahang (1,667) dan Perak (1,658).-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");