Sukan Hari Ini

Bertam Crankers janji kayuhan terbaik

Kulim: Pengalaman menyertai beberapa siri jamboree akan digunakan pasukan Bertam Crankers Cycling Team (BCCT) untuk memberi saingan hujung minggu ini.

Setiausaha BCCT Mohd Nizam Zainal berkata, pasukannya yang ditubuhkan pada 2014 dijangka menghantar 10 ahli untuk menyertai kejohanan ini.

“Pasukan kami akan memberi saingan sengit dan aksi terbaik ketika berlumba. Sebagai persiapan awal kami sudah mengadakan beberapa siri latihan membabitkan kawasan berbukit.

“Setiap hujung minggu pasukan kami akan mengadakan kayuhan di Bukit Birut, Pinang Tunggal sebagai trek latihan bagi memantapkan teknik kayuhan dan juga stamina.

“Kami tidak mengharapkan kemenangan, tapi mahu pelumba kami berada dalam kelompok terbaik pada saingan itu nanti seperti ketua pasukan Shaharani Ayob,” katanya.

Nizam berkata, peserta veteran Abdul Hamid Ramlee, 67, atau dikenali sebagai Pak Mid juga berazam mahu memberi saingan selain menjadi sumber inspirasi kepada ahli lebih muda.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");