Membawang Hari Ini

‘Betul-betul kerja gila’

Bukan kerja mudah apabila melakukan sesuatu yang besar dan mencabar pada saat akhir.

Banyak perkara perlu diperhalusi sebelum bersetuju melakukannya.

Bagaimanapun, cabaran itu disahut pelakon yang kini melebarkan sayap sebagai pengarah, Dira Abu Zahar bersama barisan pelakon yang terbabit dalam pementasan teater muzikal Mencari Sumaiyah yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada 8 hingga 14 Ogos depan.

Hanya tiga minggu masa yang ada untuk persiapan dan Dira sebagai pengarah serta pengarah kreatif, Datuk Hans Isaac serta barisan pelakon Afdlin Shauki, Erra Fazira, Sherry Al-Hadad, Aisya Hasnaa dan Ruzana Ibrahim mengakui melakukan ‘kerja gila’ yang jarang dibuat orang lain.

Dira mengakui cemas diberi tanggungjawab mengarah, namun tetap teruja kerana menganggapnya peluang untuk meluaskan cabang kerjaya seninya.

“Saya mengaku ini memang betul-betul kerja gila. Siapa yang tak cemas tapi saya kuatkan semangat kerana peluang begini bukan selalu hadir.

“Sebelum ini saya hanya mengarah untuk drama TV tapi kali ini mengarah teater pula dan lokasinya di tempat gah iaitu IB.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana mempunyai barisan pelakon dan kru yang hebat dan mereka banyak meniup semangat saya,” katanya.

Dira berkata, bertambah mencabar apabila naskhah ini dipentaskan dalam bentuk muzikal dan ini menuntutnya untuk lebih bekerja keras.

“Selain aspek lakonan, saya kena ambil tahu banyak perkara lain antaranya muzik, tarian, nyanyian dan dialog dan ini juga sangat mencabar.

“Bagaimanapun, ini adalah satu fasa baru dalam karier saya dan ia akan jadi kenangan manis,” katanya yang memilih bekerjasama dengan Tall Order Sdn Bhd untuk projek ini.

Erra yang memegang watak Sumaiyah juga senada dengan Dira apabila mengakui cemas untuk berlakon kerana masa yang ada amat terhad.

“Selepas beberapa kali dipujuk oleh pengarah dan penerbit, barulah saya nyatakan persetujuan.

“Ketika bersetuju berlakon, saya belum tahu secara jelas arah tuju teater ini. Selepas raya barulah saya tahu teater ini membabitkan lakonan dan nyanyian.

“Saya sebenarnya takut berlakon dengan Afdlin kerana permainannya yang boleh bertukar ketika di atas pentas,” katanya.

Sementara itu, Afdlin mengakui tiada masalah untuk berlakon kerana semua pelakon bekerja keras untuk memberikan hasil terbaik.

Mencari Sumaiyah hasil tulisan Junad M Nor diterbitkan oleh Hyper Pictures Sdn Bhd dihasilkan untuk memperkasakan wanita.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");