Sukan Hari Ini

Bola sepak: Johor mara ke suku akhir

PENYANDANG naib juara, Johor merupakan antara tiga lagi pasukan yang mengesahkan tiket ke suku akhir acara bola sepak Sukma selepas berakhirnya pusingan awal peringkat kumpulan, semalam.

Johor seri 1-1 berdepan Melaka di Stadium Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Kota Samarahan pada aksi ketiga Kumpulan A dan layak selaku naib juara kumpulan di belakang Selangor yang mengumpul enam mata berbanding pasukan itu yang meraih lima mata.

Sementara itu, Selangor pula mara ke pentas suku akhir setelah menang tipis 1-0 ke atas pasukan tangga tercorot, Perlis di Padang Perbadanan Sukan Sarawak (SSC).

Turut mara ke suku akhir ialah Sabah yang muncul juara Kumpulan B walaupun seri 1-1 menentang pasukan tangga tercorot, Kedah di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Pahang terlebih dahulu mengesahkan tiket ke suku akhir setelah terikat seri 4-4 dengan Sabah di Stadium Unimas pada Khamis.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");