Jenayah

Bomba selamatkan remaja perempuan

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berjaya diselamatkan dalam kebakaran kecil melibatkan sebuah komputer di rumahnya di Taman Segambut di sini, semalam.

Dalam insiden itu, mangsa dikatakan terperangkap dan pihak bomba terpaksa memecahkan pintu bagi mengeluarkan mangsa.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya dimaklumkan berkaitan kejadian itu pada jam 11.21 pagi.

Beliau berkata, tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi dan tiba 11 minit kemudian.

“Pemanggil mengadu berlaku kebakaran dan ada mangsa yang terperangkap. Mangsa mendakwa, dia dikunci oleh bapanya dan tidak diberi makan.

“Pihak polis juga sudah dimaklumkan berhubung perkara ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");