Berita Hari Ini

Bukan ‘Jika’ Tetapi ‘Bila’ Akan Berlaku Serangan Pengganas Di Malaysia

KUCHING: Rakyat Malaysia perlu berwaspada dalam memerangi ancaman Negara Islam (IS) kerana persoalan yang timbul sekarang bukan ‘jika’ tetapi ‘bila’ serangan di negara ini akan berlaku, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Sekarang persoalannya bukan lagi jika tetapi bila serangan keganasan akan berlaku.

“Kita perlu berjaga-jaga dan kita perlu bersama-sama untuk memastikan negara kita selamat,” katanya pada majlis Hari Raya untuk kakitangan Kementerian Dalam Negeri di Kompleks Islam Sarawak di sini, Khamis.

Mengenai suspek militan IS di penjara Malaysia, timbalan perdana menteri berkata, mereka yang ditahan telah diasingkan untuk menghalang mereka daripada mempengaruhi banduan lain.

Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata terdapat seramai 261 tahanan IS di Malaysia dan polis telah mengenal pasti 63 rakyat Malaysia lain yang kini terlibat dengan kumpulan pengganas di Syria dan Iraq.

“Saya telah mengarahkan ketua pengarah penjara mengasingkan tahanan IS.

“Saya tidak mahu mereka untuk mempengaruhi banduan lain,” katanya.

Dr Ahmad Zahid berkata sebagai tambahan kepada tindakan pengasingan, usaha juga sedang dijalankan untuk memulihkan pemikiran radikal mereka.

Beliau berkata Malaysia telah berpengalaman dalam program deradikalisasi dan pemulihan, bermula daripada memerangi ancaman komunis sejak 1948.

“Dalam pemulihan ini, kami mempunyai kadar kejayaan sebanyak 97 peratus,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");