Berita Hari Ini

Cadangan tanam ketum untuk eksport

PADANG BESAR – Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, cadangannya agar ketum ditanam adalah lebih kepada tujuan eksport.

Beliau berkata, ini kerana terdapat permintaan untuk ketum dari syarikat farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat bagi dijadikan alternatif kepada ubatan moden.

“Saya sudah mengemukakan cadangan kepada kerajaan dan masyarakat. Sekarang terpulang, jika kita tolak, beberapa negara lain bersedia menanam ketum untuk memenuhi permintaan tersebut,” katanya mengenai cadangan tersebut yang ditolak pelbagai pihak.

Beliau berkata, ketum didapati memiliki ramuan penting dalam pembuatan ubat untuk kegunaan musim sejuk.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ketum beri kesan sampingan]

“Mereka (negara lain) akan mempatenkan segalanya sebelum dipasarkan ke seluruh dunia dan kita perlu bertindak pantas dalam isu ini,” tambahnya.

Zahidi berkata, farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat banyak membuat penyelidikan mengenai tumbuhan itu termasuk Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

“Sekolah Menengah Sains Tengku Mohamad Jiwa, Sungai Petani (Kedah) pula mendapat anugerah peringkat Asian kerana membuat kajian mengenai ketum, katanya.

“Masalah yang berlaku ialah terdapat segelintir orang yang mencampurkan air rebusan ketum dengan bahan lain seperti ubat nyamuk dan ubat gegat untuk menjadikan peminumnya merasa khayal.

“Sejak zaman duhulu ketum digunakan dalam perubatan tradisonal untuk memulihkan tenaga, rawatan kolesterol, kencing manis dan cirit-birit,” tambahnya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");