Perak Hari Ini

Ceroboh Hutan : Pesara Tentera Diperintah Bela Diri

TAIPING : Mahkamah Seksyen Taiping hari ini memerintahkan pesara tentera membela diri atas pertuduhan melakukan penerokaan hutan tanpa kebenaran atau permit di Hutan Simpan Kekal Pondok Tanjong pada tahun 2014.

Hakim, Mohd Sabri Ismail membuat keputusan tersebut berikutan pihak pendakwa raya yang dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Safiatun Ahmadun berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah menetapkan tarikh 1 September depan bagi perbicaraan.

Tertuduh, A.Raman Hashim,51, diarah tampil membela diri dengan memberikan keterangan secara bersumpah pada tarikh berkenaan.

Peguam tertuduh, Mustafa Ghazali memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan turut memanggil saksi akan dalam perbicaraan kes itu nanti.

Terdahulu, A Raman dari Jalan Bukit Merah, Bagan Serai dituduh bersama beberapa yang lain melakukan penerokaan tanpa kebenaran di Hutan Simpan Kekal Pondok Tanjung dekat Gunong Semanggol, Kerian antara 8 Jun hingga 21 September dua tahun lalu dan didakwa pada 3 Mac 2015.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan tersebut.

Tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 32(1) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 yang diguna pakai kerajaan negeri mengikut Enakmen Perhutanan Negeri 1985.

Jika disabitkan kesalahan, A Raman boleh dihukum mengikut Subseksyen 32(2) akta sama iaitu boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum lima tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");