Membawang Hari Ini

Cik Pang: Tudung atau kahwin?

Sebaik menerima jemputan daripada Fara Fauzana mengenai satu majlis yang bakal berlangsung petang esok, ramai teman media tertanya-tanya.

Hendak kata majlis rumah terbuka sempena sambutan hari raya, tidak pula dinyatakan. Sebaliknya hanya diletakkan Majlis RSVP by Fara Fauzana. Apakah maksudnya?

Cik Pang dan teman turut bertanyakan perkara itu kepada orang yang dipertanggungjawab menghantar jemputan tetapi mereka pakat tutup mulut.

Puas teman media berbincang. Dalam kepala terfikir dua perkara iaitu jemputan ala rahsia pengisiannya ini kemungkinan besar berkaitan Fara Fauzana mahu mengumumkan perniagaan seperti tudung jenama sendiri atau nikah kahwin.

Kalau perniagaan apatah lagi menghasilkan tudung jenama sendiri, sudah tentu awal-awal lagi tertera dalam jemputan yang dilayangkan itu.

Tetapi ini tidak, jemputan itu langsung tidak menyatakan apa-apa sekadar menyatakan tempat dan jam berapa majlis akan berlangsung.

Ramai yang mula mengagak ia ada kaitan dengan soal nikah kahwin kerana biasanya rakan artis akan berbuat begitu (berahsia), hinggalah pengumuman dibuat dalam sidang media khas yang diatur.

Melihat jemputan daripada Fara Fauzana ini, hati Cik Pang sendiri lebih berat mengatakan Fara sebenarnya hendak berkongsi berita gembira. Mungkinkah dia mahu memberitahu dirinya sudah dilamar jejaka pilihan hati?

Sebelum ini pun pengacara dan penyampai radio popular itu sendiri berkata, kalau benar dia mahu bernikah dan berkahwin, dia akan mengadakan satu majlis pengumuman khas.

Kalau benarlah seperti tanggapan teman Cik Pang ini, pastinya mereka turut tumpang gembira dan tidak sabar mahu melihat bekas penyampai radio Hot FM dan pengacara popular itu naik pelamin.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");