Sukan Hari Ini

City masih kejar Sane, Stones

MANCHESTER City secara terbuka menyatakan masih berusaha untuk mendapatkan pemain Schalke, Leroy Sane dan pemain Everton, John Stones selepas usaha mendapatkan mereka sebelum ini menemui jalan buntu.

Pengendalinya, Pep Guardiola menyifatkan kedua-dua pemain itu amat diperlukan City dalam usaha bekas pengurus Bayern Munich itu mengukuhkan pasukan.

“Sane adalah pemain Schalke, anda tahu, saya tahu dan setiap orang tahu saya mahukannya di kelab ini.

“Jika dia datang, kami akan senang dan jika sebaliknya kami menghormati keputusan pemain itu,” katanya.

Jawapan yang serupa juga dilontarkan Guardiola ketika ditanya mengenai Stones dan City telah menawarkan £40 juta (RM180 juta) untuk mendapatkan pemain itu.

“Kami akan cuba mendapatkan Stones. Tetapi itu tidak bermakna City kekurangan pemain di bahagian tersebut. Kami cuma mahu menambah baik pasukan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");