Sukan Hari Ini

City unggul penalti

Shenzhen, China: Pep Guardiola meraih kemenangan sulung sebagai pengurus Manchester City kelmarin selepas menumpaskan Borussia Dortmund menerusi penentuan penalti pada aksi persahabatan Piala Juara-Juara Antarabangsa, namun beliau lebih bimbang mengenai Liga Perdana Inggeris tidak lama lagi.

“Bola sepak hari ini amat sukar,” kata Guardiola.

“Hari ini anda tidak cukup masa untuk berehat. Saya tidak tahu sama ada kita akan membunuh pemain tapi jadual tetap jadual. Kami bermula dalam dua minggu lagi. Tapi saya lihat apa yang saya mahukan malam ini, kami bertindak agresif dan mahu merebut bola.”

City menang dan melengkapkan apa yang dimahukan Guardiola, selepas unggul 6-5 menerusi penentuan penalti ke atas Dortmund apabila aksi itu berakhir 1-1.

Guardiola mengakui banyak yang perlu dibaiki City dengan hanya dua perlawanan pramusim setakat ini serta dua lagi sebelum sepak mula EPL.

“Saya tidak mahu merungut tapi saya lebih suka jika dapat lebih banyak masa,” ujar Guardiola. “Tapi kami perlu menyesuaikan diri. Hari ini kami bertemu satu daripada pasukan terbaik di Eropah, mereka terlalu kuat. Banyak perkara perlu ditingkatkan.”

Jaringan mudah Sergio Aguero buat City pada minit ke-79 dipadamkan selepas Christian Pulisic merembat masuk buat Dortmund enam minit pada masa kecederaan.

Penjaga gol City Angus Gunn muncul wira penalti dengan tiga kali menyelamatkan tendangan lawan termasuk sepakan yang menentukan kemenangan mereka apabila dia menumbuk keluar sepakan Mikel Merino.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");