Perak Hari Ini

Daerah Bagan Datoh Miliki Potensi Besar

IPOH : Daerah Bagan Datoh yang baharu sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, dengan beberapa projek di masa hadapan ataupun yang telah dirancang, Bagan Datoh akan berkembang maju seperti daerah-daerah lain di negeri Perak.

“Kita telah membuat persetujuan di peringkat Exco dan kita kemukakan laporan kita kepada Kabinet. Kemudian Kabinet telah pun meluluskan untuk mewujudkan sebuah daerah baharu iaitu daerah Bagan Datoh.

“Walaupun dari segi jumlah penduduk di Bagan Datoh dan kawasan daerah baharu ini sekitar 70,000 orang, Bagan Datoh mempunyai potensi besar yang boleh kita kembangkan,”katanya ketika ditemui di Majlis ‘Riuh Raya’ Perbadanan Pembangunan Pertanian (SADC) Negeri Perak, hari ini.

PERAKTODAY2 (8)

Terdahulu, Najib mengumumkan Bagan Datoh dinaiktaraf sebagai sebuah daerah penuh sewaktu berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) 2016 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, Ahad.

Di majlis tersebut juga, Najib turut mengumumkan beberapa projek termasuklah jambatan Bagan Datoh – Pasir Salak (RM350 juta), Maktab Rendah Sains Mara (RM150 juta), jalan dua hala Hutan Melintang- Bagan Datoh (RM90 juta) dan sebuah Politeknik Bagan Datoh (RM220 juta).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");