Isu Panas

Dakwa Zeti terlibat konspirasi bikin dunia gelak

SHAH ALAM – Pas menyifatkan tindakan Pemuda Umno membuat laporan polis dengan mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan hanya menambahkan bahan ketawa rakyat negara ini dan masyarakat dunia.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Zeti terkenal di peringkat dunia dengan kecemerlangannya dalam bekerja.

“Ini petanda sokong membawa rebah. Kalau pun hendak mengampu jangan terlajak sangat. Kalau hendak jet tayar kereta, jangan jet tinggi sangat, nanti terbalik kereta. Menamakan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz terlibat (konspirasi) menambahkan bahan ketawa masyarakat di negara ini dan dunia.

“Beliau terkenal dengan perkhidmatan cemerlang dan mempunyai integriti yang tinggi di peringkat dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Selasa lalu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap Zeti, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani? Patail.

Namun kata Idris, ada perkara positif hasil daripada tindakan Azwan itu di mana mungkin persoalan yang selama ini tidak terjawab bakal terbongkar di mahkamah.

“Apabila dibawa ke mahkamah akan terbongkar banyak perkara yang menjadi rahsia selama ini. Saya yakin ketiga-tiga mereka ini berani tampil jika itu yang diminta oleh pihak mahkamah.

“Kenapa perlu jolok sarang tebuan. Mereka pegawai kerajaan, apabila berhenti daripada berkhidmat hendak bermain dengan anak cucu sahaja. Tidak mahu berserabut dengan masalah lain. Walau pun mereka berhenti dengan penuh misteri dan menjadi tanda tanya.

“Apakah akan terbongkar banyak perkara apabila mereka menjawab tuduhan yang berat di dalam mahkamah nanti? Sama-sama kita tunggu episod seterusnya,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");