Panasnya Hari Ini

Dakwaan Wujud Konspirasi: Tindakan Khairul Azwan Bukan Pendirian Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan bahawa laporan berhubung dakwaan konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan perdana menteri merupakan tindakan individu bukannya mewakili pendirian Pemuda UMNO.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

Justeru, beliau menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan kerana laporan telahpun dibuat.

“Beliau (Khairul Azwan) membuat laporan polis sebagai seorang individu. Beliau berkata mempunyai maklumat tertentu yang telahpun dikongsi bersama polis dalam keterangannya.

“Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan lanjut sebab laporan polis dibuat atas kapasiti beliau sebagai seorang individu,” katanya memetik sumber Astro Awani.

Terdahulu pada Jumaat, polis mengambil keterangan daripada Khairul Azwan berhubung laporan polis yang dibuatnya mengenai dakwaan wujud konspirasi pihak tertentu untuk menggulingkan perdana menteri dan kerajaan Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilapor berkata keterangan Khairul Azwan diambil Bukit Aman dan siasatan masih diteruskan berhubung perkara itu.

Sementara itu pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menjelaskan tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO itu bersifat peribadi dan bukannya mewakili parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");