Panasnya Hari Ini

DAP Masih Gagal Dapat Sokongan Rakan Sekutu Politik

KUALA LUMPUR:Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman menyifatkan integriti dan maruah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, kini tercalar selepas beliau gagal meyakinkan sekutu politiknya untuk menyokong cadangan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut di Pulau Pinang.

Memetik sumber Berita harian, ujarnya, PKR sekali lagi menyatakan pendirian belum yakin dengan cadangan Guan Eng untuk mengadakan PRN lebih awal, sementara PAN pula mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’.

“Ini adalah tamparan hebat kepada ego Guan Eng dan DAP yang masih gagal mendapatkan sokongan rakan sekutu politik mereka untuk mengadakan PRN lebih awal.

“Kegagalan Guan Eng itu sekali gus mencalar maruah dan kredibilitinya sebagai Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri serta menghakis keyakinan dan hormat rakyat terhadap beliau sebagai seorang pemimpin utama pakatan pembangkang,” katanya.

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, memaklumkan parti itu masih tidak bersetuju buat masa ini dengan cadangan Kerajaan Pulau Pinang yang merancang mengadakan PRN dalam masa terdekat.

Keputusan itu sekali gus membuktikan bahawa PKR dan DAP masih gagal mencapai kata sepakat berhubung cadangan mengejut pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi memberi laluan PRN.

Malah keputusan itu dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas parti itu selama hampir tiga jam, yang didakwa diputuskan selepas perbincangan menyeluruh, termasuk mengambil kira pandangan masyarakat awam.

Tambahnya lagi,berdasarkan keputusan mesyuarat MPP PKR itu merumuskan bahawa, 10 ADUN PKR di DUN Pulau Pinang belum bersetuju dengan cadangan berkenaan dan PAS yang mempunyai seorang ADUN juga tidak bersetuju, manakala 10 ADUN Barisan Nasional (BN) tidak menyokong cadangan itu.

“Oleh itu kita boleh menganggap hanya 18 ADUN DAP sahaja yang menyokong cadangan berkenaan setakat ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");