Sukan Hari Ini

De Rossi mungkin tak dapat beraksi

Marseille, Perancis: Pemain tengah Itali Daniele De Rossi yang mengalami kecederaan dijangka tidak dapat beraksi pada suku akhir Euro 2016 dengan juara dunia Jerman, awal pagi Ahad ini.

De Rossi adalah tonggak kekuatan skuad kendalian Antonio Conte yang melakukan kejutan dengan menjuarai saingan Kumpulan E dan kemudian menyingkirkan juara bertahan Sepanyol, Isnin lalu.

De Rossi mengalami kecederaan paha kanan serius ketika membantu pasukan menang 2-0 ke atas Sepanyol. Doktor pasukan Itali Enrico Castellacci berkata, pemain tengah Roma itu dijangka diketepikan pada pertembungan di Bordeaux.

“Situasinya amat serius,” kata Castellacci. “Kami berusaha sedaya upaya untuk membantunya pulih semula. Tapi, kami tidak boleh memberi sebarang jaminan.”

Lebih memeritkan, pemain sayap Lazio Antonio Candrea juga tidak dapat bersama pasukan.

Candreva, salah seorang pemain Itali yang menyerlah ketika menang ke atas Belgium dalam perlawanan pembukaan mengalami kecederaan hasmtring pada perlawanan kedua kumpulan dengan menewaskan Sweden 2-0.

Castellacci berkata, pemain itu berusaha keras untuk kembali cergas. “Kecederaannya semakin pulih tapi belum cukup untuk dia kembali bersama pasukan.

“Dia semakin baik tapi tidak sembuh sepenuhnya.”

Ketiadaan pemain tengah Thiago Motta menambah pening Conte ketika Itali ingin melebarkan rekod lapan perlawanan tanpa kalah ke atas Jerman di kejohanan utama. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");