Jenayah

Denda RM1,000 pukul adik

KOTA BHARU – Seorang pembantu kedai makan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam, selepas mengaku salah memukul adiknya.

Denda diputuskan Majistret, Ahmad ‘Adha’ Amir Yasser Amri terhadap tertuduh, Wan Suraya Wan Kassim, 39.

Tertuduh didakwa dengan sengaja memukul adiknya, Wan Munira, 24, sehingga mangsa mendapat kecederaan pada tubuh badannya di alamat rumah Chabang Tok Akil, Ketereh, di sini, pada jam 7 petang, 18 Julai lalu.

Terdahulu, tertuduh merayu hukumannya diringankan kerana kejadian membabitkan salah faham dalam keluarga dan berjanji tidak mengulanginya lagi.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wong Siew Mun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

Dalam kejadian lalu, pengadu bersama anak yang berusia tiga tahun berada di atas motosikal secara tiba-tiba tertuduh menyerang pengadu dengan memukul di belakang pengadu, tertuduh juga menarik rambutnya hingga motosikal terbalik dan tertindih anak pengadu.

Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");