Sukan Hari Ini

Desa Aman Bikerz jiwa kental

Kulim: Pasukan Desa Aman Bikerz (DAB) yang mempunyai semangat kental sudah bersedia memberi saingan Sabtu ini.

Jurucakap pasukan, Sulaiman Abd Lah berkata, penyertaan mereka dalam kejohanan ini kerana mendapati aspek pengurusan dan penganjuran yang terbaik di samping keadaan trek amat mencabar.

“Oleh itu kami tidak akan melepaskan peluang menyertai kali ini terutama kerana berpeluang beraksi di tempat sendiri.

“Kami mempunyai ahli berusia antara 17 hingga 57 tahun dan berharap pelapis muda akan diberi tunjuk ajar teknik kayuhan serta kawalan basikal daripada ahli senior,” katanya.

Menurutnya, mereka juga memasang harapan untuk berada dalam 10 kelompok pelumba terbaik dengan Salleh Din, 50, mampu berada dalam kedudukan tiga terbaik kategori veteran.

“Untuk mencapai hasrat berada kelompok tiga terbaik itu, kami akan membantu Salleh ketika melakukan kayuhan,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");