Sukan Hari Ini

Djokovic teruja ke Rio

Toronto, Kanada: Novak Djokovic menegaskan dia hanya mengambil beberapa jam untuk menerima hakikat kekalahan awal Wimbledon dan harapannya semakin memuncak untuk menyertai musim gelanggang tanah keras yang bermula tahun ini termasuk Sukan Olimpik Rio.

Pemain nombor satu dunia dari Serbia itu menegaskan kekalahan pusingan ketiga di tangan Sam Querrey di Kelab Seluruh England, yang menamatkan harapannya melengkapkan gelaran Grand Slam sepanjang tahun sudah lama dilupakan.

“Saya percaya semuanya berlaku atas sebab tertentu,” kata Djokovic yang akan mendapat bye pusingan pertama di Masters Toronto sebelum melangkah ke gelanggang buat kali pertama sejak kekalahan mengejutkan itu.

“Saya tidak suka kalah pada minggu pertama Grand Slam, namun pada hari berikutnya semuanya sudah dilupakan.

“Banyak yang perlu dilakukan dalam kehidupan peribadi saya, menjadi ayah dan suami. Saya tidak terlalu memikirkannya namun banyak yang anda boleh belajar daripada kekalahan berbanding kemenangan.

“Kekalahan Wimbledon tidak boleh membayangi keputusan yang saya capai sepanjang 15 bulan lalu,” kata Djokovic, yang menyifatkan kekalahan di Wimbledon adalah yang pertama dalam Grand Slam dalam tempoh tujuh tahun.

“Sekarang, ini satu permulaan baharu.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");