Sukan Hari Ini

Emas matlamat utama

Kuala Lumpur: Cabaran berbeza dengan suasana berbeza, namun misi tetap sama dalam memburu pingat emas pertama buat negara di temasya Olimpik.

Justeru, kegagalan di dua pentas akhir sebelum ini tidak mematahkan semangat pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk terus memburu kejayaan di Olimpik.

Kali ini dia hadir di bumi Rio dengan misi sama bagi menebus kegagalan ketika di Beijing dan London.

Jurulatih perseorangan negara Hendrawan berkata, Chong Wei pernah menyuarakan kebimbangannya ketika negara lain giat menjalani latihan dan menghadiri kem latihan pusat namun tidak buat pemain badminton negara.

Namun tegas Hendrawan perkara itu harus dilihat dari sudut positif kerana memberi kelebihan kepada pemain negara apabila tumpuan dunia luar kepada mereka, berkurangan.

“Memang Chong Wei ada menyuarakan pendapatnya mengenai kem itu tapi saya memaklumkan kepadanya tidak ada latihan pusat tidak bermakna kita tidak bersedia.

“Latihan yang lebih senyap tanpa banyak orang tahu sebenarnya lebih bagus supaya dia lebih merendah diri dan lawan pula tidak tahu sejauh mana persediaan kita,” katanya.

Malah perkara itu mungkin memberi kelebihan kepada skuad badminton negara terutama apabila peluang berada 10 hari lebih awal di Rio dapat membantu mereka untuk menyerap tekanan.

Hendrawan berkata, apa yang penting ketika ini memastikan Chong Wei bebas daripada sebarang kecederaan dan itu yang menjadikan penampilan Chong Wei di Rio kali ini berbeza berbanding di London empat tahun lalu.

Skuad badminton negara yang mengibarkan cabaran di Olimpik akan diketuai Chong Wei (perseorangan lelaki) Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran), Tee Jing Yi (perseorangan wanita) dan Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei (beregu wanita) akan berlepas ke Brazil pada 29 Julai ini dengan saingan bermula 11 Ogos ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");