Jenayah

Enam suspek tembak Bill Kayong direman

Miri: Lima lelaki dan seorang wanita ditahan berhubung kes kematian setiausaha PKR Miri, Bill Kayong pagi tadi dan malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, suspek berusia 22 sehingga 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan ahli politik itu.

Menurutnya, semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Pihak polis ticak dapat memberikan maklumat lanjut bagi mengelak mengangggu siasatan kes ini,” katanya.

Bill Kayong, 43, atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah mati ditembak oleh individu tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat berhadapan sebuah pasar raya di Senadin di sini, pada 21 Jun lalu.

Mangsa yang ketika itu memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux maut di tempat kejadian akibat terkena tembakan di leher menggunakan senapang patah.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");