Sukan Hari Ini

Enggan fikir tewas

Paris: Pemain pertahanan kanan Perancis Bacary Sagna tidak dapat membayangkan jika pasukan tuan rumah mengalami nasib sama seperti England apabila mereka berdepan pasukan penuh dengan kejutan, Iceland esok bagi merebut tempat ke separuh akhir Kejohanan Eropah.

“Saya tidak terfikir mengenai kekalahan,” kata Sagna pada sidang media di kem latihan Perancis di luar pinggir Paris semalam.

“Saya tidak bercadang untuk bercuti awal. Saya mahu terus kekal bersaing di kejohanan ini.”

Sagna yang bermain bersama kelab England hampir sedekad iaitu Arsenal dan kini Manchester City berkata, dia terkejut dengan kekalahan England 1-2 di tangan Iceland pada pusingan kedua.

“Saya fikir England akan menang kerana mereka pasukan muda yang memiliki ramai pemain berbakat,” katanya.

“Namun saya gembira untuk Iceland kerana bermain sangat baik. Mereka mengajar England dan berhak untuk terus kekal di kejohanan ini.”

Pemain berusia 33 tahun itu yang menerima pujian atas persembahan cemerlang di kejohanan ini berkata, dia yakin Les Bleus akan melepasi halangan getir itu di Stade de France.

“Kami tidak boleh memandang rendah Iceland namun kami pasukan terbaik di Eropah, kami antara pasukan pilihan dan bermain di laman sendiri,” katanya.

“Kami perlu mempertahankan status kami. Bila kami melihat penyokong meraikan jaringan gol kami, ia menyentuh perasaan kami. Kami tidak boleh mengecewakan mereka.”

Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) Noel Le Graet sudah menetapkan sasaran mara ke separuh akhir buat pasukan tuan rumah dan ini bermakna perlawanan esok bakal menentukan kejayaan atau kegagalan buat Les Blues.

“Saya tidak setuju,” kata Sagna. “Bagi saya, tersingkir di separuh akhir juga tetap satu kegagalan. Kami semua tahu apa sebab kami berada di sini.”

Sagna berkata, Perancis yang memulakan kempen pusingan akhir ini dengan aksi kurang meyakinkan apabila terpaksa bangkit di akhir permainan untuk mencatat kemenangan perlu lebih fokus apabila menentang Iceland.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");