Perak Hari Ini

Felcra Berhad Pelbagaikan Aktiviti Tingkat Pendapatan Peserta

PASIR SALAK: Felcra Berhad kini dalam usaha untuk memperbanyakan tanaman bagi meningkatkan pendapatan para pesertanya selain mempelbagaikan aktiviti ekonomi syarikat tersebut.

Pengerusinya, Datuk Bung Moktar Radin berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti lebih banyak tanah lapang untuk dijadikan kawasan penanaman tanaman yang bersesuaian.

Ujarnya, sehingga kini, syarikatnya telah memberikan peruntukan untuk penanaman mempelam Harum Manis serta nenas di Perlis dan Sabah.

“Insyaallah kita akan hantar pasukan kita untuk melihat keadaan tanah-tanah yang boleh kita bangunkan untuk tanaman-tanaman lain.

“Setakat ini, kita telah bagi peruntukan sebanyak RM5 juta untuk laksanakan tanaman haruman manis di Perlis yang mana kita sediakan tanah 100 ekar tanah kelapa sawit tak menjadi. Saya rasa mereka mampu mengeluarkan harum manis yang baik

“Demikian juga dengan nenas kerana ia masih berkurangan dan pada saya tanaman ini perlu diperbanyakan kerana ia mempunyai pasaran,”katanya.

PERAK TODAY 4

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Aidilfiti Felcra Berhad Wilayah Perak di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Bung Moktar berkata, Felcra juga akan mendirikan perumahan untuk stafnya di setiap negeri.

“Mana-mana negeri yang memiliki tanah yang sesuai, kita akan membuat kajian dan bangunkan perumahan dengan harga pasaran yang murah.

“Sehingga kini, kita sudah ada 400 buah rumah di Gombak, 1,200 buah rumah di Melaka dan Perlis yang akan bermula pada tahun hadapan. Negeri-negeri lain juga kita akan bangunkan,” jelasnya lagi.

PERAK TODAY 3


Sementara itu, beliau berkata, Felcra akan terus bergerak ke hadapan berikutan ianya merupakan satu agensi yang berpotensi untuk dibangunkan.

“Jadi kami telah memikirkan untuk mempelbagaikan aktiviti felcra pada masa akan datang.

“Dulu perniagaan kita hanya perladangan dan pada kali ini kita akan pelbagaikan dengan hartanah dan produk makanan serta industri makanan.

“Felcra juga akan membeli dua buah ladang ayam untuk menjual ayam hidup di pasaran yang 100 peratus halal daripada segi pemakanan dan penjagaannya.

“Jadi saya rasa, ini satu-satunya syarikat yang insyaallah akan aktif dalam industri makanan ini,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");