Sukan Hari Ini

Foxes atasi Celtic aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa

Glasgow: Juara Liga Perdana Inggeris Leicester City menang menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dengan Celtic pada aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa, awal pagi semalam.

Pemain Tahunan PFA Riyad Mahrez menjaringkan gol pembukaan buat Leicester yang dikendalikan Claudio Ranieri pada minit awal separuh masa kedua dengan gol solo menakjubkan.

Bedepan aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara di Astana, Kazakhstan Rabu ini, pengurus Celtic Brendan Rodgers melakukan rombakan pada babak kedua, namun pertahanan Ireland berusia 20 tahun, Eoghan O’Connell menyamakan kedudukan selepas sejam.

Perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa itu kekal seri selepas 90 minit hingga memaksa penentuan penalti dan selepas kedua-dua pasukan cemerlang dalam lima sepakan pertama mereka, Kasper Schmeichel menyelamatkan percubaan James Forrest dan Daniel Amartey untuk memastikan kemenangan 6-5 buat Leicester.

Foxes kini berkunjung ke Amerika Syarikat untuk perlawanan pertandingan sama menentang juara Ligue 1 Paris Saint-Germain di California 31 Julai ini sebelum bertemu Barcelona di Sweden pada 3 Ogos.

“Amat gembira hari ini. Kami memberi tumpuan dan mantap,” kata Ranieri.

“Pemain hadir dengan keadaan yang baik. Kami semakin baik. Kecergasan Celtic mengatasi kami. Ia cabaran yang bagus.

“Kami kini menempuhi perjalanan jauh ke LA tapi pengalaman bermain dalam perlawanan menakjubkan ini amat penting.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");