Jenayah

Gagal seludup rokok kretek

Tawau: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok kretek bernilai hampir RM60,000 dalam Op Paradise yang dilakukan di perairan Batu 3, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.15 malam itu, satu rondaan dilakukan di sekitar perairan dan terserempak dengan sebuah bot laju dipercayai datang dari arah Sungai Nyamuk, Indonesia menuju ke perairan Tawau.

Komander PPM Wilayah 4 Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, anggotanya bertindak mengejar bot berkenaan dan sebaik sahaja menyedari bot mereka dikejar, seorang individu di dalam bot terbabit bertindak membuang sesuatu objek ke laut.

“Bot ronda PPM berusaha mengejar bot berkenaan namun gagal berikutan keadaan di laut yang gelap dan dipercayai bot terbabit berpatah balik ke Sungai Nyamuk, Indonesia.

“Pemeriksaan lanjut mendapati objek yang dibuang ke laut adalah 7,800 bungkus rokok kretek jenis Gudang Garam Surya dan LA yang dipercayai tidak lulus cukai dan cuba diseludup masuk ke daerah ini untuk pasaran tempatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad berkata, semua rokok terbabit dibawa ke pangkalan Marin untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");