Jenayah

Geng judi ‘online’ dicekup

Kuching: Polis Sarawak tahan 12 lelaki dan seorang wanita kerana terbabit dalam aktiviti judi dalam talian sekitar negeri ini sejak 18 Julai lalu hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Kominisoner Dev Kumar berkata, semua suspek yang ditahan berusiausia 20 hingga 50 tahun ditahan dalam sembilan serbuan.

Menurutnya, serbuan dijalankan di Kuching, Miri, Padawan, Sibu dan Sri Aman itu turut merampas wang tunai RM3,244 serta 32 komputer dan pelbagai barangan yang digunakan dalam aktiviti haram itu.

“Serbuan dijalankan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hasil maklumat awam dan risikan.

“Aktiviti judi dalam talian ini akan terus dipantau dan serbuan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan ia tidak berleluasa di negeri ini,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");