Isu Panas

Guan Eng perlu buat Sidang DUN tergempar

BALIK PULAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar bagi mencapai kata putus berhubung cadangan Pilihan Raya Negeri (PRN).

ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad, menyatakan beliau hairan apabila tiada seorang ADUN daripada Pakatan Harapan mengusulkan Sidang DUN tergempar kepada Guan Eng.

“Saya tahu ada dalam kalangan 29 ADUN (Pakatan Harapan) yang tidak bersetuju dengan cadangan mengadakan PRN ini tetapi semuanya hanya menjadi ‘pak turut’.

“PKR juga tidak bersetuju untuk PRN diadakan dan bagi saya, Sidang DUN tergempar adalah ruang paling sesuai untuk buat keputusan kerana rakyat perlu tahu juga,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Apa Kata Gen Y di Politeknik Balik Pulau di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan PKR yang memohon lebih banyak masa untuk membuat keputusan berhubung cadangan mengadakan PRN seperti diumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, semalam.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");