Perak Hari Ini

Guna Dron Pantau Pencerobohan Hutan

IPOH : Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan menggunakan dron bagi memantau aktiviti pencerobohan hutan di kawasan hutan simpan di negeri ini termasuklah di Hutan Simpan Amanjaya (HAS) di Gerik.

Pengarahnya, Datuk Roslan Ariffin berkata, sehingga kini, pihaknya telah membeli enam buah dron yang berjumlah RM70,000 bagi tujuan tersebut.

PERAK TODAY 3“Penggunaan dron ini akan membantu Jabatan Perhutanan dalam menjalankan penguatkuasaan yang lebih mantap.

“Selain itu, kita juga membeli 40 buah ‘tracking camera’ untuk dipasang di semua hutan simpan di negeri ini,”katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Perhutanan Negeri Perak, malam tadi.

Roslan turut berkata, pihaknya juga telah menyiapkan laporan berkaitan perkara tersebut untuk diserahkan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Sehingga kini ada 12 kes di HSA melibatkan kes kayu gaharu dan kebanyakkannya adalah melibatkan warga asing,”ujarnya.

Mengulas mengenai kes pencerobohan hutan bagi mendapatkan kayu gaharu yang dilakukan oleh lelaki dipercayai warga asing di Hutan Simpan Amanjaya (HAS), Roslan berkata isu tersebut turut mendapat kerjasama daripada agensi penguatkuasa yang lain.

Ujarnya, agensi penguatkuasa lain yang turut terlibat termasuklah PERHILITAN, Taman Negeri dan badan bukan kerajaan, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");