Berita Hari Ini

Hak warisan Selangor

Shah Alam: Sulaman ‘Tekat Gubah Bunga Tanjung Sembilan Kelopak’ bakal dipatenkan sebagai hak cipta Selangor untuk kegunaan eksklusif serta hak warisan negeri ini.

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dengan kerjasama Persatuan Pakar Pembuatan Kraf dan Sulam Tangan Kuala Lumpur dan Selangor (SCHEME) kini dalam usaha mendapatkan hak berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, paten sembilan kelopak bunga itu mewakili sembilan daerah di Selangor.

“Selain itu, bunga tanjung salah satu ragam hias utama yang diabadikan Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah dalam seni bina Istana Bandar di Kampung Bandar, Kuala Langat sejak tahun 1905.

“Sulaman yang dilakukan menonjolkan motif utama bunga tanjung sembilan kelopak yang juga bunga rasmi bagi Selangor,” katanya pada sidang media ‘Tekat Gubah Bunga Tanjung Terpanjang di Malaysia’ di sini, semalam.

Hadir sama, Penaung SCHEME Norehan Kassim.

Dalam pada itu, Ahmad Yunus berkata, PADAT dengan kerjasama SCHEME dalam usaha menghasilkan tekat gubah bunga terpanjang berukuran sembilan meter panjang dan 0.91 meter lebar itu.

“Catatan rekod berkenaan adalah inisiatif PADAT bagi memperkenalkan seni kraftangan dan warisan Melayu yang semakin dilupakan terutama di kalangan golongan muda.

“Sulaman yang baru siap sepanjang 5.4 meter itu dijangka selesai sepenuhnya pada 26 Ogos dengan membabitkan 31 penyulam terdiri daripada 21 kakitangan PADAT dan 10 dari SCHEME,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");