Panasnya Hari Ini

Henti Kutipan Tol Jika Gagal Selesai Kesesakan Plaza Tol – PAS

KUALA LUMPUR : PAS mencadangkan agar syarikat konsesi tol yang gagal menyelesaikan masalah kesesakan di plaza tol ditarik balik kuasanya untuk mengutip tol sepanjang musim perayaan dan cuti umum.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu dicadangkan sekiranya lebuhraya di bawah kendalian syarikat konsesi itu tidak dapat memberikan manfaat penjimatan masa dan minyak yang setimpal dengan kadar tol yang dikenakan pada para pengguna lebuhraya.

“Rakyat kini sudah ditekan dengan kekerapan kenaikan tol dari semasa ke semasa dan untuk berlaku adil, kerajaan harus mengenakan tekanan kepada syarikat konsesi tol untuk mencari formula menyelesaikan kesesakan di plaza tol.

“Syarikat konsesi tol yang gagal mengatasi masalah kesesakan di sepanjang lebuhraya, terutamanya kesesakan di plaza tol juga mesti disaman.

“Antara plaza tol yang sangat sesak ialah Plaza Tol Bentong dan Gombak. Plaza ini telah terlalu lama beroperasi dan sewajarnya ia ditutup kerana telah melebihi tempoh,”ujarnya menerusi satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan pihak berkuasa agar jangan sekadar tahu saman pengguna lebuhraya tanpa melihat punca kesesakan lebuhraya sehingga pengguna terpaksa menggunakan laluan kecemasan ketika musim perayaan dan cuti.

“Tahun ini, fokus masalah lebuhraya ditumpukan kepada salahguna laluan kecemasan. Dalam isu ini, PAS bersetuju bahawa laluan kecemasan tidak sepatutnya digunakan melainkan kecemasan.

“Menyaman para pengguna lebuhraya yang menggunakan laluan kecemasan bukanlah penyelesaian kepada masalah kesesakan lebuhraya di depan mata setiap kali musim perayaan dan cuti,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");