Panasnya Hari Ini

Individu Dinamakan DOJ Perlu Tampil Bersihkan Nama

KUALA LUMPUR:Kerajaan menggesa individu yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengambil tanggungjawab membersihkan nama yang terjejas berikutan perkara itu kata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malah pihak tersebut dikehendaki tampil untuk memastikan tiada wang rakyat disalah gunakan.

Memetik sumber Berita harian, beliau turut menasihati rakyat supaya tidak terbawa-bawa dengan isu berkenaan dan menyerahkan kes itu untuk proses keadilan yang sewajarnya.

“Inilah pendirian kerajaan dan kita akan beri kerjasama sepenuhnya. Kita harap lambat laun kita akan tahu kebenaran,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Fardu Haji Program Khas Haji Perdana Menteri 2016 tajaan Yayasan 1MDB di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Putrajaya, hari ini.

Tambahnya lagi terdapat pelbagai pihak yang mencela 1MDB namun terlupa pelbagai program sosial dilaksanakan syarikat itu untuk manfaat rakyat, termasuk Program Khas Haji berkenaan.

“Usaha untuk terus memantapkan 1MDB akan kita laksanakan dan saya yakin dalam masa terdekat, kedudukan 1MDB akan lebih mantap dan kukuh,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");