Jenayah

Ingat senang ke boleh lari

Johor Bahru: Dua lelaki dicekup selepas melarikan diri menaiki kereta yang dicuri di Taman Setia Tropika.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata polis mengepung pencuri di kawasan semak selepas mengejar mereka kira-kira 10 minit.

Beliau berkata, dalam cubaan melarikan diri itu suspek turut melanggar tiga kenderaan lain, dalam kejadian pada 5.40 petang semalam.

“Dua lelaki itu berusia 25 tahun dan mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Turut dirampas kunci dan Proton Iswara.

“Anggota sebelum itu menerima maklumat mengenai kes curi kereta dan bergegas ke stesen minyak di Taman Impian Emas tempat suspek dilaporkan berada,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");