Perak Hari Ini

Ipoh Tersenarai Dalam Lonely Planet

IPOH : Bandaraya Ipoh menduduki tempat ke-enam daripada 10 tempat pelancongan terbaik yang mesti dilawati di Asia oleh penerbit buku panduan pelancongan, Lonely Planet.

Tiga negara yang mendahului kedudukan ialah Jepun (Hokkaido), China (Shanghai) dan Korea Selatan (Jeonju).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri berasa sangat gembira apabila Ipoh menjadi salah satu kawasan pelancongan utama menerusi Lonely Planet.

PERAKTODAY2 (7)

“Ini adalah hasil daripada strategi-strategi untuk kita mengembangkan lagi industri pelancongan di negeri Perak ini. Ini merupakan satu kejayaan dan pengiktirafan besar kepada negeri Perak.

“Kita mempunyai dasar yang tersendiri berkaitan dengan pembangunan industri pelancongan di Perak iaitu dengan mengekalkan tempat-tempat utama bagi dilawati oleh pelancong-pelancong dalam dan luar negara,”ujarnya dalam sidang media, di sini hari ini.

Ujarnya lagi, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk memastikan supaya beberapa kawasan yang boleh dibangunkan untuk industri pelancongan.

Zambry berkata, Perak kini mempunyai kombinasi produk pelancongan yang diperlukan oleh pelancong dalam dan luar negara.

“Ianya termasuklah hutan, pantai dan sumber-sumber sejarah. Tiga aspek ini kita jadikan sebagai tarikan utama pelancongan ke negeri ini,”kata Zambry lagi.

Dalam masa yang sama, Zambry turut berkata, Perak juga turut menerima jumlah pelancong domestik yang tertinggi di Malaysia bagi tahun 2015.

“Jabatan Perangkaan telah mengeluarkan untuk tahun 2015, kedatangan pelancong domestik, Perak mencatatkan yang tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 7.96 juta pelancong,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");