Sukan Hari Ini

Iskandar pamer rentak sebenar

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin (gambar) terus mempamerkan rentak cemerlang apabila mara ke separuh akhir Terbuka Taiwan dengan mengalahkan Khosit Phetpradab dari Thailand di suku akhir semalam.

Iskandar yang diletakkan selaku pilihan ke-13 mencatat kemenangan straight set 21-17, 21-18 dan bakal berdepan pemain tuan rumah, Chou Tien Chen 19-21, 24-22, 21-18 hari ini.

Sebelum itu, Tien Chen terpaksa berhempas pulas mencari slot separuh akhir sebelum menumpaskan Wong Wing Ki dari Hong Kong 19-21, 24-22, 21-18.

Menurut jurulatih perseorangan lelaki negara, Tey Seu Bock, setakat ini semuanya semakin lancar buat anak buahnya itu dan mara ke separuh akhir kejohanan bertaraf Grand Prix Emas menunjukkan bahawa tahap permainan Iskandar semakin meningkat.

“Setakat ini saya puas hati, cuma esok (hari ini) dia perlu lebih fokus dan mempamerkan permainan corak permainan agresif,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Jelasnya, lawan Iskandar hari ini bukan calang-calang pemain namun tidak ada apa yang perlu difikirkan kerana tekanan sekarang ini terletak di bahu pemain lawan.

Turut mara ke separuh akhir pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang mengejutkan pilihan kedua dari Hong Kong, Lee Chun Hei-Chau Hoi Wah 19-21, 21-19, 21-7.

Mereka akan berdepan pasangan Indonesia Riky Widianto-Gloria Emanuelle Widjaja yang sebelum itu menumpaskan pemain tuan rumah, Lee Jhe Huei-Hsieh Pei Chen 21-11, 21-18.

Bagaimanapun, satu lagi pasangan beregu campuran negara yang juga pilihan utama, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kalah mengejut kepada wakil China, Zheng Siwei-Chen Qingchen 21-12, 17-21, 21-12.

Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut tersingkir apabila mereka kalah 14-21, 19-21 kepada pilihan kelima dari China Huang Kaixiang-Zheng Siwei dan perseorangan wanita, Ho Yen Mei kalah kepada jaguh tuan rumah, Tai Tzu Ying 9-21, 12-12-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");