Perak Hari Ini

Jambatan Menghubung Kg Baru – Kg Teluk Dijangka Siap September ini

MANJUNG: Jambatan yang menghubungkan Kampung Baru ke Kampung Teluk di Ayer Tawar dekat sini dijangkakan siap pada September ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sekiranya jambatan terbabit siap kelak, ia mampu memendekkan perjalanan bagi kedua-dua kampung tersebut yang sebelum ini memakan masa selama 30 hingga 45 minit.

Ujarnya, pembinaan jambatan yang telah diluluskan oleh Kerajaan sebelum pilihanraya lalu itu melibatkan kos keseluruhan lebih RM40 juta.

4

Zambry berkata projek yang melibatkan tiga fasa itu kini berada di peringkat fasa pertama dan kedua.

“Fasa pertama adalah pembinaan jambatan yang sudah dua tahun tetapi kita harapkan ianya dapat disempurnakan pada bulan September ini dapat disiapkan.

“Manakala bagi fasa kedua kita bina jalan tuju atau jalan yang menghubungkan antara kedua-dua kampung dengan jambatan ini sudah dimulakan dan saya jangkakan tidak berlaku kelewatan kerana ianya sudah dimulakan sebanyak sembilan peratus dan dijangkakan siap pada Januari 2018.

6

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan lawatan ke tapak projek pembinaan jambatan berkenaan di sini, hari ini.

Tambahnya, bagi fasa ketiga pula adalah pembinaan jalan keluar yang menghubungkan jalan tuju dengan jalan negeri yang melibatkan kos sebanyak RM21 juta.

Beliau berkata lagi, dengan adanya pembangunan jambatan tersebut mampu memberikan perubahan drastik kepada kedua-dua kawasan kampung berkenaan.

2

“Pihak kerajaan juga sedang merancang bagaimana kita dapat membangunkan kawasan ini supaya ianya dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya.

“Matlamat kita adalah untuk memberikan kemudahan kepada rakyat yang tinggal di kawasan ini iaitu Kampung Baru, Kampung Teluk dan kawasan sekitar,” katanya lagi.

7

Terdahulu, Zambry turut melawat tapak projek pembinaan masjid terapung di Kampung Telaga Nenas di sini.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah memberikan peruntukan berjumlah hampir RM2 juta untuk pembinaan masjid berkenaan.

Katanya, ia adalah untuk menggantikan masjid yang lama kerana ianya telah terlalu uzur dan dikelilingi dengan kubur-kubur.

“Mungkin saya akan syorkan bahawa masjid lama itu dijadikan sebagai pusat pengajian iaitu pusat pengajian Al Quran dan sebagainya… Kita tidak boleh runtuh begitu sahaja,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");