Sukan Hari Ini

‘Jangan bikin cemas lagi…’

Melaka: Kemenangan tipis 4-3 Melaka United (MU) ke atas Kuantan FA amat melegakan terutama dalam misi terus kekal di persada Liga Perdana selain menjarakkan kedudukan dengan pencabar terdekat Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

Mengaku cemas selepas tuan rumah meledak tiga jaringan pada babak pertama, pengurus pasukan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi jelas mahu anak buahnya melupakan aksi longgar perlawanan kelmarin untuk kembali kental selepas ini.

Menurutnya, ketika skuad berkenaan hadir di Kuantan dengan barisan terkuat, tuan rumah hampir mencalar kesungguhan benteng MU yang bocor tiga gol dalam tempoh 45 minit pertama.

“Justeru, situasi berkenaan seharusnya menjadi pengajaran bermakna buat barisan benteng, jentera tengah malah keseluruhan pasukan untuk memberi yang terbaik dalam misi mengelak gawang daripada terus bocor selepas ini.

“Dalam usaha mempertahankan kedudukan di carta liga, sudah tentu benteng harus bijak menutup ruang, jika tidak sudah pasti peluang untuk mengutip mata penuh setiap perlawanan bakal terjejas,” katanya.

Apapun, kemenangan itu amat melegakan sekali gus membolehkan skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris melebarkan perbezaan lima mata dengan JDT II yang kini menduduki tangga kedua.

Yusoff berkata, kejutan Perlis ke atas JDT II juga membolehkan mereka menjarakkan diri, namun itu bukan petanda mereka sudah berasa selesa.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");