Perak Hari Ini

Jangan Lupa Peranan Kontraktor Kecil – DS Zambry

IPOH : Syarikat kontraktor yang menjalankan perniagaan atau projek-projek besar di negeri ini diminta agar tidak melupai peranan kontraktor-kontraktor kecil yang ada tanpa mengira kaum.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia adalah untuk memastikan supaya kontraktor-kontraktor yang ada dapat berperanan dengan lebih baik.

“Ianya bagi memastikan supaya aktiviti-aktiviti yang mereka ceburi akan mendatangkan pulangan yang baik kepada mereka.

“Sepertimana yang kita gunakan pada hari ini iaitu beberapa pendekatan secara integratif antara peranan kerajaan, peranan persatuan dan juga peranan syarikat besar yang melabur di Perak tidak melupakan kontraktor-kontraktor kecil,”katanya.

PERAKTODAY4

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jamuan Hari Raya Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Perak sempena Majlis Perasmian Kompleks Perdagangan DWJ dan DWJ Residences@Meru, hari ini.

Turut hadir ialah Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad dan Yang Dipertua PKMM Perak, Datuk Wira Jamaludin Abdul Rahim.

Di majlis tersebut, Zambry turut menyerahkan kunci rumah kedai dan apartment kepada pembeli selain daripada merasmikan pejabat PKMM Perak.

PERAKTODAY2

Sementara itu, Zambry berkata, walaupun Kompleks Perdagangan DWJ dan DWJ Residences@Meru dibina oleh PKMM Perak, tetapi ianya turut mendapat kerjasama daripada kaum lain.

“Seperti projek hari ini yang telah siap bangunannya. Walaupun ianya atas daya usaha PKMM Perak, tetapi ia tidak bermakna orang lain tidak boleh memiliki atau terlibat membangunkannya.

“Ini adalah contoh ‘partnership’ yang terbaik antara kaum,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");