Berita Hari Ini

Jemaah haji diingat tidak sembunyikan penyakit

KUANTAN – Bakal jemaah haji diingatkan supaya tidak menyembunyikan masalah kesihatan yang dialami daripada pengetahuan Tabung Haji (TH) sebelum berlepas dan semasa berada di tanah suci.

Anggota Lembaga Pengarahnya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, sebarang isu kesihatan tidak harus dipandang ringan kerana pelaksanaan rukun Islam kelima itu memerlukan kekuatan fizikal, mental dan rohani.

Menurutnya, tambahan pula, jemaah haji tahun ini dijangka akan berhadapan dengan cuaca panas sehingga mencecah 50 darjah celcius yang mungkin boleh menyebabkan serangan strok haba.

“Justeru, jemaah haji kita seramai 22,320 perlu memaklumkan sebarang penyakit walaupun demam.

“Kami amat berharap semua jemaah jujur kerana ada jemaah yang suka tangguh untuk beritahu mereka sakit kerana tidak mahu terlepas peluang untuk beribadat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Kursus Perdana Haji Musim Haji 1437 Hijrah Peringkat Negeri Pahang di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 di sini, semalam.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Kursus haji kali ini melibatkan seramai 1,200 jemaah haji daripada Pahang.

Dalam pada itu, Abdul Shukor berkata, pusat kesihatan yang disediakan beroperasi 24 jam bagi memastikan soal kesihatan diutamakan dan TH juga menyediakan klinik gigi selepas mengambil kira permintaan orang ramai.

Beliau berkata, jika jemaah tidak sihat semasa sedang melakukan ibadah, jemaah boleh meminta pertolongan petugas TH termasuk pelajar Malaysia yang dilantik secara sambilan pada musim haji.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");