Jenayah

Kakak, anak saudara tercampak

Rompin: “Kakak bersama anak saudara tercampak selepas kereta dinaiki berpusing akibat dirempuh sebuah kenderaan lain yang datang dari belakang sebelum dilanggar pula sebuah lori,” kata Muhamad Aiman Sa’ad, 16, mangsa kemalangan yang mengorbankan kakak dan anak saudaranya di Kilometer 128, Jalan Kuantan-Johor Bahru, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 petang, mangsa yang terbunuh, penumpang depan, Nur Aliffah Afzan Sa’ad, 18, dari Kampung Setajam, Endau, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di dada.

Anak saudaranya, Mohamad Arif Liow Mohd Daniel Liow, 3, dari Taman Wawasan, Mersing, Johor, juga penumpang depan turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Muhamad Aiman berkata, sebaik saja kereta berhenti di tengah jalan dia kemudian keluar dalam keadaan menahan kesakitan di kepala untuk melihat kakak dan anak saudara sebelum mendapati kedua-dua mangsa sudah tidak bernyawa.

Katanya, orang awam turut menghulurkan bantuan menghubungi keluarga untuk memaklumkan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sambutan Aidilfitri tahun ini mungkin tidak bermakna apabila kakak bersama anak saudaranya tiada di sisi, namun reda dan menerima hakikat insan tersayang sudah pergi buat selamanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Mohd Aidil Roneh Abdullah berkata, sebelum kejadian, kereta Proton Wira dinaiki mangsa dalam perjalanan menghantar Muhamad Aiman yang menuntut di GIATMARA, di sini, berhenti di tengah jalan kerana mahu membelok masuk ke sebuah simpang di kanan jalan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");