Membawang Hari Ini

‘Kalau boleh nak sepasang’

Sinar bahagia mengulit pelakon Eira Syazira, 31, apabila dia disahkan hamil anak kedua pada April lalu. Dia yang kini hamil empat bulan bersyukur dengan rezeki itu.

Menurut Eira, dia tidak menyangka hamil secepat ini sebaik sahaja mengeluarkan alat pencegahan kehamilan dalam rahim (IUD) selepas tiga tahun menggunakannya.

“Alhamdulillah, saya tidak sangka hamil sekali lagi.

“Saya memakai IUD kerana anak pertama dilahirkan secara pembedahan dan doktor menyarankan supaya berehat tiga tahun.

“Saya anggap ini rezeki. Doakan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.

Mengulas mengenai kesihatan, isteri pelakon Ezad Jazmin, 40, itu gembira kerana tidak mengalami alahan pada awal kehamilan berbanding ketika mengandungkan anak sulungnya, Amarra Sofea Rose yang kini berusia tiga tahun.

Bagaimanapun, kata Eira, ketika usia kandungan mencecah tiga bulan dia ditimpa dugaan apabila berlaku pendarahan.

“Saya bersyukur kerana tiada alahan teruk, malah saya berpeluang menjalani ibadah puasa baru-baru ini.

“Bagaimanapun, ketika usia kandungan mencecah tiga bulan saya mengalami pendarahan sehingga terpaksa ke hospital.

“Namun doktor memberitahu kandungan selamat dan dalam keadaan baik. Mungkin kerana terlalu penat menjadi punca pendarahan ini,” katanya.

Kata Eira, dia tidak kisah soal jantina anak kedua ini asal sihat dan sempurna.

“Secara peribadi, saya tidak kisah sangat mengenai jantina kerana yang penting semuanya sihat. Itu sudah cukup. Tetapi, saya berharap sekurang-kurangnya kami ada sepasang,” kata Eira yang dijangka bersalin pada 20 Januari tahun depan.

Menyentuh perjalanan karier seni, Eira berkata, sejak disahkan hamil dia tidak mengambil tawaran lakonan kerana mahu berehat dan memastikan anak dalam kandungan berada dalam keadaan baik.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");